About The Author

This is a sample info about the author. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Monday, August 31, 2009

Senarai DUN Yang Akan DiMenangi PRU13

»»  read more

Thursday, April 9, 2009

Senarai Kabinet Pasukan Baru

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan: Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan: Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan: Datuk M.Saravanan
»»  read more

Wednesday, April 8, 2009

Gerakan Transformasi Akan Diperhebat!

Bermula dari satu titik kekalahan. Kita tidak pernah nak merasa tewas. Kerana kita boleh bangkit dari apajua kejatuhan. Dunia ini adalah ruang yang amat luas. Seluas apa sahaja yang luas. Luas benar impian kita.

Kita nak melihat bangsa kita menjadi bangsa yang kuat. Bertamaddun dan hebat. Kita nak lihat bangsa kita dapat menjadi orang yang paling utama di dunia dalam apajua lapangan kehidupan. Dari itu kita mestilah belajar daripada kekalahan dan kesilapan yang lalu. Kita mesti perteguhkan semangat juang anak muda. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan menghasilkan semuanya dengan penuh kesungguhan.

Kita tahu bahawa semangat kita tidak akan dan tiada pernah luntur. Kerana kekuatan ini secara besarnya masih milik kita. Lalu dari sini kita insafi dan teruskan perjuangan. Kita bukanlah sang pengecut dan lari dari kekalahan. Tapi kita jua mesti tahu manakah jalan yang akan membawa kepada kejayaan.

Di setiap kesulitan akan ada jalan keluar. Di setiap masalah akan wujud peluang. Kita akan bangkit dari tidur nan panjang. Yang telah melenakan insan lentang dek kontangan hartakasa. Lalu kita mesti memulai semula dengan jiwa yang teguh. Seperti yang telah dicahayakan kepada kita dahulunya.

Dan kita akan rembati semua kelemahan. Kita akan ajar anak-anak kita agar jadi lebih pandai. Lebih bijak dan lebih berjaya. Kita akan jumpai formula kebenaran di setiap usaha yang kita laksanakan. Kita punyai impian bernas. Kita fahami lekuk-liuk halangan yang memancarobai misi. Kita akan langkahinya satu persatu. Biar merangkakpun akan kita teruskan ini perjalanan.

Kerana sebenarnya kita yakin. Dalam wadah ini. Akan adanya Siraathal Mustaqiim. Kerana kebenaran senantiasa berada di rumah yang benar. Rahsia kehidupan kita singkap. Ayuh! Rakanku yang budiman. Kita akan jejak menara gading itu. Menara kesyumulan pentadbiran dalam dokongan Siyasi Syar'ie.

Iya benar itu. Jiwa ni akan dikuati oleh Cinta yang luhur. Oh! Titik kesyahduan siapa yang menamakannya adalah Diri ini. Akan kita percikan cita semangat di dalam Diri ini. Duhai Cinta si pembikin jiwa yang menyengat. Masih berlambak jiwa yang subur semangat dek dibakar kuatnya Cinta dan akan terus menyerlah. Dari silau sinar Cinta yang membangkitkan Jiwa ini. Semua akan bangun dan pasti bangun dan membangun. Dalam kita tak sedar kita sebenarnya telah menjadi Lebih Kuat dan Perkasa. Dan semakin akan letusnya gelodak semangat para Perwira. Dari celahan sinar Cinta itu kita telah terberangsang hati. Dan Cinta lantas mengajar kita untuk MEMULAKAN PEPERANGAN INI!!!!!
»»  read more

Tuesday, April 7, 2009

Satu Transformasi - usah lari dari perjuangan!

Kita mesti gagahi perjuangan. Jangan ada yang takut dan gentar. Kita mesti berani menghadapi musuh. Keberanian mesti kita hebatkan. Kita tiada takut tewas. Kita berani gagal. Dan yang paling utama.... Kita mesti berani menuntut suatu Transformasi.

Kita mesti gagahi transformasi di kala kuasa itu kita genggam erat. Ambillah peluang yang panjang. Penuhilah kesempatan dan binalah kekuatan. Kita pasti kan jaya. Usah takut dan menakut. Kita akan berjaya nantinya!
»»  read more

Wednesday, April 1, 2009

Shahrizat gelombangi sentuhan keibuan di Bukit Gantang

Wanita UMNO akan mengunakan strategi pendekatan "sentuhan wanita" semasa berkempen bagi menambat hati pengundi-pengundi di Bukit Gantang.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pendekatan sentuhan wanita yang beliau maksudkan adalah supaya petugas dan peraih undi beradab, lembah lembut dan pandai ambil hati pengundi semasa membuat lawatan rumah ke rumah.

Paling penting, katanya, ahli Wanita juga mestilah berusaha memahami masalah yang dihadapi pengundi termasuk mengambil jalan menyalurkan masalah terbabit kepada pihak yang bertanggunjawab bagi tujuan tindakan.

"Kita yakin pengundi akan bersama kita jika kita ambil sikap yang serius memahami masalah-masalah seharian yang mereka hadapi," katanya selepas majlis perjumpaan bersama ahli Wanita kawasan Trong di Taiping hari ini.
Shahrizat berkata dengan strategi berkenaan beliau yakin pengundi terutama mereka yang diatas pagar akan terdorong untuk keluar mengundi.

Beliau juga mahu ahli Wanita supaya menumpukan perhatian lebih kepada pengundi wanita yang terdiri 60 peratus daripada keseluruhan pengundi di Bukit Gantang.

"Ini kerana pengundi wanita lebih senang untuk diyakinkan. Kita juga tahu apa yang kaum wanita mahukan. Mereka cuma mahukan jaminan keselamatan dan kestabilan.

Jika kedua-dua perkara ini dapat dipenuhi, sudah tentu mereka tidak akan mengundi pembangkang," katanya.
»»  read more

Tuesday, March 31, 2009

Nizar akui dia bukan Embi lagi!

Pada hari pencalonan 29 Mac 2009, Nizar telah mengatakan kepada SPR beliau adalah ADUN. Ini adalah jawatan yang dimasukkan ke dalam borang.

Dalam keadaan biasa, beliau mengatakan dia masih lagi MB. Di sini sudah jelas ada kontradiksi maklumat yang jika dikupas Nizar ini selama ini bukanlah MB tetapi ADUN biasa. Sepatutnya, beliau ini perlu dibatalkan sahaja pencalonan kerana memberi maklumat yang tidak jelas. Dari kaca televisyen tempatan, kelihatan ada yang protes tentang perbezaan ini. Ini menunjukkan bahawa Nizar tidak konsisten.

Analis-analis politik berpendapat bahawa Nizar ini mempunyai minda yang sangat kusut sehingga tidak dapat memberi pendirian yang tepat. Adakah pengundi inginkan pemimpin seperti ini dalam Parlimen? Sudah pasti ANDA perlu pikir 2 kali sebelum mengundi kerana beliau ini suka bertopeng-topeng.
»»  read more

Monday, March 30, 2009

Dr Zambry Abd Kadir adalah Pemimpin Berjiwa Rakyat


30 Mac 2009 - PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT....Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meredah hujan lebat untuk berjumpa dan meluangkan masa bermesra dengan lebih 50 ahli Silat Gayong Malaysia yang hadir membuat persembahan semasa program beliau bersama rakyat di Taman Kaya, Taiping pada Ahad.

Beliau mengambil keputusan untuk berhujan bersama ahli-ahli silat itu apabila melihat mereka basah kuyup menanti ketibaan beliau pada pukul 3.30 petang ketika hujan masih lebat.

Mungkin ini adalah cara beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli silat itu yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak hinggalah dewasa yang sanggup meneruskan persembahan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Semasa ucapannya, Dr Zambry berkata permintaan penduduk kaum India di Taman Kaya yang mahu supaya sebuah sekolah Tamil dibina telah beliau bawa kepada pengetahuan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Husein.

Katanya Hishamuddin telah memberikan jawapan yang positif kepada permintaaan beliau itu dan berharap sekolah itu dapat dibina di kawasan perumahan tersebut tidak lama lagi.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan menwujudkan Rancangan Perkampungan Tersusun di setiap daerah bagi membantu bekas-bekas tentera mendapat lot rumah.

"Kita akan pastikan semua bekas tentera akan mendapat lot rumah sebagai tanda terima kasih kita kepada pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara," katanya.

Semasa program sama, Dr Zambry juga menerima borang keahlian UMNO baru daripada penduduk Taman Kaya.

Program adalah anjuran bersama Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Cawangan Pokok Assam, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Larut, Matang, Selama, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Rukun Tetangga Taman Kaya, Larut Tin, Pokok Assam, Moi Thai dan Changkat Jering dan Persatuan Anak Perak Bangkit.
»»  read more